SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54, TAHUN 2011


1.

Tahun ini kita akan menyambut keMerdekaan ke -54 dengan gembira kerana menandakan setengah abad kita memerintah negara kita sendiri. Kita boleh berbangga kerana dalam jangkamasa itu kita telah maju kehadapan mengatasi negara-negara lain sehingga orang tidak percaya ini adalah negara membangun dan negara dunia ketiga. Demikian la perubahan yang berlaku di tanah bertuah Malaysia ini.

2.

Orang asing memuji negara kita kerana kejayaan yang di kecapi begitu menakjubkan, kita berjaya mengekalkan suasana harmoni diantara kaum yang ada di negara kita, setiap kaum hormat-menghormati antara satu sama lain.

3.

 Kerana kestabilan kaum inilah negara kita berjaya maju sampai ketahap ini. Saya berasal gembira berada di Bumi Malaysia ini, saya pun harap semua rakyat malaysia pun turut berbangga kerana inilah tanah air kita, tempat kita dilahirkan dan mungkin inilah tempat bersemayangnya jasad kita kelak untuk menunggu dibangkitkan.

4.

Dengan adanya mercu tanda kebanggaan negara kita seperti Menara Berkembar Petronas dan litar perlumbaan Formula 1 menjadi kebanggan kepada rakyat malaysia yang kita kerana mampu setandingan dengan negara maju lain. Ini kerana pemimpin kita yang amat bijaksana merancang dan mentadbir negara dengan jayanya. Saya ucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada negara bertuah ini.

5.

Rakyat Malaysia bila berkunjung ke luar negara dan bila bertemu dengan orang asing, bila dapat tahu kita orang Malaysia mereka akan memuji negara kita. Kita sendiri berasal amat bertuah dan bangga bila dilayan begitu baik.

6.

Saya ini dilahirkan di zaman selepas perang. Namun begitu, saya tidak dapat merasakan keperitan yang berlaku semasa sebelum merdeka dulu. Saya cuma mengetahui melalui orang tua yang mencaritakan keperitan diwaktu-waktu yang amat sengsara dan juga saya dengar dalam media seperti cerita yang ditayangkan mengenai zaman peperang dahulu. Begitu menyayat hati membayangkan kesusahan dan keperitan hidup rakyat kita dulu untuk hidup ditanah Melayu ini.

7.

Di waktu di bangku sekolah dahulu saya dapat rasakan saat-saat menyambut merdeka begitu sekali meriah dan bersemangat setiap rakyat negara kita. Pada ketika itu jurang perbezaan fahaman diketepikan, detik-detik kemerdekaan sahaja yang dinantikan, setiap orang bersemangat mengibar bendera Malaysia, ada yang berarak mengelilingi kawasan mereka untuk menunjukkan dengan bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia. Itulah sedikit gambaran saat keseronokan menyambut kemerdekaan.

8.

Perayaan menyambut kemerdekaan menampakan keadaan suram seketika dulu beberapa tahun kerana

kekecawaan rakyat terhadap kerajaan.

9.

Apapun sekarang beralih kepimpinan baru rakyat menampakan kegembiran dan inginkan berubahan untuk negara kita. Saya berharap kerajaan dapat membela dan  berusaha supaya kehidupan kita aman dan rakyat berasa bertuah memiliki negara semulia Malaysia.

10. Jika kita lihat perkembangan negara kita ada usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk meruntuhkan keamanan

negara kita dengan menabur fitnah kerana mahukan kuasa. Mereka rakus, mereka tidak bertanggungjawab dan mereka tidak memikirkan apa kesan jika fitnah itu dibuat. Walaupun negara kita mempunyai kebebasan bersuara tetapi mereka tidak menggunakan saluran dengan betul. Mereka sentiasa berusaha untuk memberi gambaran kepada rakyat supaya kerajaan zalim dan membenci kerajaan. Ini perkara yang sangat bahaya dan rakyat hendak memikirkan dan menyelidik terlebih dahulu berita yang disampaikan sebelum membuat keputusan.

11.

Rakyat perlu sedar betapa bahayanya jika kita lalai membuat keputusan. Ini akan menpengaruhi masa hadapan kita dan bangsa kita akan datang. Isu terbaru mengenai perjuangan kemerdekaan negara kita dahulu, diadakan usaha oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menesongkan sejarah supaya menggambarkan bahawa

rakyat tidak perlu terhutang budi kepada UMNO, itu antara yang saya rasa usaha yang meraka mahu tanamkan kepada rakyat supaya menbenci kerajaan, Usaha ini juga untuk mengalihkan isu-isu besar seperti anwar ibrahim.

12.

Sedarlah kita semua negara kita ini ada usaha handak meruntuhkan keamanan yang sedia ada, agama Islam juga hendak di hapuskan sedikit demi sedikit dan melayu pun hendak hapuskan juga. Sedarlah kita semua kita berpecahnya kita akan mengadaikan negara bangsa dan agama kita, kita perlu sedar dan perlu ada usaha untuk kita bersama berpadu tenaga untuk menjaga negara kita ini daripada musuh-musuh.

13.

Walauapa pun terjadi itulah warna-warni kehidupan kita semua, kita rakyat merdeka perlulah kita merdekakan diri dari segi pemikiran kita supaya bijak menilai dan tepat membuat keputusan. Lihatlah bertapa banyaknya usaha yang dilakukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Walaupun ada yang belum mendapat nikmati usaha itu bersabar la mungkin ada rezeki yang kita dapat dari kerajaan demi menikmati kehidupan yang sempurna kelak.

14.

Banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan untuk kita semua, nilailah dan gunalah peluangan yang diberikan kearah kemakmuran negara kita dan eratkan  perpaduan antara kita.

15. Ingatlah negara kita malaysia sedia maklum telah merdeka tanpa menitiskan darah adalah antara kebijaksaan

pemimpin kita dan perpaduan rakyat amatlah berkesan. Tidak seperti negara lain meraka banyak mengorbankan nyawa untuk bebas. Itulah kebijaksaan dan ketajaman akal oleh pemimpin kita. Ini adalah tanda kuasa Allah untuk kita buka fikiran bahawa senjata bukan  jalan penyelesaian.

16.

 Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Mudah-mudahan Allah akan membuka hati kita untuk tidak buat keputusan yang merugikan kita kelak.

Nmabiny…………………………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: