SEJAUH MANA LAGU KITA BERTAHAN


Salam Sejahtera sekalian…

1. Apa yang kita tahu hiburan di Malaysia terutamanya lagu-lagu telah mengalami banyak perubahan mengikut peredaran zaman.

2. Bagi saya bila mendengar lagu-lagu sekarang amatlah dukacita sekali kerana kebanyakkan lagu yang disampaikan bagi saya tidak sampai kepada hati pendengar dan tidak dapat menghayati isi lagu tersebut.

3. Saya pernah mengikuti satu siaran wawacara tv dengan seorang artis veteran yang menceritakan pengalaman semasa menjadi artis pada ketika dahulu dan apa yang artis tersebut perlu lakukan untuk memastikan lagu tersebut sampai kepada pendengar.

4. Apa yang artis veteran kongsikan pada ketika itu ialah menceritakan ialah tentang bahasa, iaitu bahasa yang hendak disampaikan mestilah jelas mengikut ejaan dan sebutan yang jelas kerana jika tersilap sebutan mengikut bahasa adalah satu kesalahan bagi artis tersebut. Apa yang kita nilai lagu-lagu dahulu kebanyakkan sebutan yang jelas,tepat,vokal yang begitu sekali diutamakan. Adakah artis sekarang menitik beratkan soal bahasa tersebut dalam lagu mereka?.

5. Bukan semua lagu dahulu bagus dan tidak semua jugak lagu baru bagus tetapi apa yang kita tengok peneriman lagu dahulu dan sekarang  adalah banyak orang yang menerima lagu dahulu. Ini semua kita boleh menilai melalui permintaan contoh dalam radio, muaturun dalam Internet dan lain-lain.  Apakah yang membuatkan lagu dahulu bolah bertahan sampai sekarang?

6. Apapun yang berlaku, industri hiburan kita perlu dijaga dan mesti dikembangkan lagi selari dengan arus semasa.  Pembuat lagu pun perlulah menerapkan nilai bahasa yang tinggi dalam setiap lagu mereka.

7. Walaupun banyak berlaku perubahan saya berharap lagu yang disampaikan mestilah sampai kepada pendengar dan menghayati isi dan maksud lagu yang hendak disampaikan itu. Penyampaian lagu jugak mestilah diterima oleh rakyat kita dan kekalkanlah bahasa kerana bahasa itu melambangkan budaya kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: