BERITA DARI ORANG FASIK PERLU DI SELIDIKI TERLEBIH DAHULU


Kita sebagai manusia tidak bolah merendahkan sesama kita walaupun siapa kita,
ulamak ke ataw pun bukan ulamak.  (maaflah kita padangan saya ini tidak
tetap, apa pun sama-sama kita kongsi yang mana betul dan yang mana salah).

Apa yang saya lihat apa yang berlaku sekarang jika seseorang bukan ulamak
memberi padangan tentang agama islam kebanyakkan tidak dapat terima oleh orang ulamak.  Adakah orang muslim yang bukan ulamak tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Adakah orng muslim yang bukan ulamak dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?.  Jika hari ini ada ajaran sesat, sebabnya ialah kerana pengikut terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka oleh orang yang mereka anggap sebagai terpelajar dalam agama Islam.  Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.  Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah.  Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa. Sifat inilah yang ada pada puak fanatik kepada kumpulan mereka dan pemimpin mereka. Terdapatnya Assabiah ialah kerana ada orang yang seperti ini. Kerana taksub dengan fahaman puak mereka, akal fikiran yang dianugerah oleh Tuhan kepada manusia diketepikan. Kerana tidak tahu mengguna akal fikiran kurniaan Tuhan, maka tak dapatlah mereka menghurai dan menjelas kenapa dakwaan dan soalan terhadap pegangan mereka salah. Selalunya jawapan terhad kepada “kamu tidak tahu, kerana kamu bukan layak berhujah”. Kamu bukan ulama, kamu umarak.  Ayat ini berbunyi, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Al Hujarat ayat 6. Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, tidak khusus bagi orang yang terpelajar dalam agama Islam. Dengan perkataan lain ayat ini ditujukan kepada umarak bersama ulamak. Yang ditekankan ialah mereka beriman. Tidak sesiapa boleh dakwa hanya ulama sahaja yang beriman.  Ayat ini jelas menyuruh orang yang beriman menyoal berita yang dibawa oleh orang yang fasik akan kebenaran berita
itu….nmabiny . . . 

One Response to “BERITA DARI ORANG FASIK PERLU DI SELIDIKI TERLEBIH DAHULU”

  1. artikel yang bagus..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: