KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W. (SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012)

Posted in Agenda, Religion on 4 February, 2012 by nmabiny

Salam semua kepada para pembaca sekalian,

1. Saya sangat bersyukur, dengan izin dan inayah Allah SWT, kita masih lagi dapat meneruskan tradisi murni masyarakat kita, iaitu mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW setiap menjelang Rabiulawal saban tahun. Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Maka pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijriah ini, bersamaan dengan 05 Februari 2012 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini.

2. Untungnya kita berada dalam sebuah negara yang memilik keaman untuk kita terus memajukan negara kita sebagai sebuah negara Islam yang disegani oleh dunia. Dari mula tertubuhnya negara malaysia sambutan maulidur rasul disambut sepanjang tahun dengan penuh kemeriahan. Dengan limpah rahmat haraplah kita dapat menyambut maulidur rasul untuk tahun-tuhun seterusnya dengan semangat yang kuat dan harmoni. Insyallah.

3. Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah ‘cahaya’;. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui ‘cahaya’ baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”

4.  Begitulah, apa yang dinyatakan oleh ayat al-Quran ini telah dibuktikan dan disaksikan oleh sejarah. Sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.

5. Saya mendoakan, agar sambutan Maulid Rasulullah SAW kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya Allah.

Sama-sama kita renungkan bersama  dan sampaikan kepada saudara kita,

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa Juga pun”.

AL-YAHUD?

Posted in Agenda, Favorites Blogs on 30 January, 2012 by nmabiny

Salam 2 all.

“Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.

Dan itulah persoalan yang hangat diperbincangkan didunia cyber, kedai kopi, disurau masjid dan banyak tempat lain! Ramai yang bertanya, apa kejadahnya Anwar membuat kenyataan saperti yang dilapurkan di Wall Street Journal itu? Wartawan WSJ tersebut menyatakan “Anwar hanya tidak menyebut samada dia akan membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Israel” jika dia menjadi Perdana Menteri.

Umum mengetahui Kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya Kerajaan didunia ini yang tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, malah kita langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Didalam paspot antarabangsa Malaysia tercatat jelas rakyat Malaysia dilarang mengunjungi Israel! Pendirian kita terhadap rejim zionis Israel jelas dan konsisten sejak merdeka lagi!

KERAJAAN & RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIKTIRAF REJIM ZIONIS ISRAEL!

SANDIWARA POLITIK DUALAM

Pada teman, kenyataan Anwar Ibrahim “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel” kepada Wall Street Journal adalah bukti sandiwara politik dualam yang dimainkan oleh Anwar. Jelas sikap hipokrit dan talam dua muka Anwar dalam isu ini!

Buktinya? Jangan lupa inilah juga manusia yang menyerang Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Malaysia habis-habisan dengan fitnah APCO! Konon Najib dikelilingi oleh penasihat Yahudi melalui APCO Worldwide Konon Kerajaan Malaysia, termasuk pasukan keselamatan PDRM telah diresapi oleh Yahudi melalui APCO Worlwide. Habis diperdaya rakyat dan ditakut-takutkan umat Islam bahawa Kerajaan Malaysia kini dikuasai Yahudi melalui APCO Worldwide.

Sedangkan satu dunia tahu bahawa APCO Worldwide bukan milik Yahudi! APCO Worldwide adalah badan perunding yang ditubuh oleh sebuah syarikat guaman Amerika bernama Arnold-Procter Company (membawa kepada singkatan APCO) untuk membantu klien dan anakguam mereka dalam soal perundingan dan konsultansi.

Dan sebuah lagi badan bernama APCO, iaitu akronim kepada American Protocol Communication Outfit (APCO), badan yang menyediakan perkhidmatan rundingcara dan pembekalan bahan-bahan hubungan radio dua-hala (walkie talkie contohnya). Inilah antara badan yang memberi khidmat nasihat kepada pihak PDRM dalam hal hubungan radio dua-hala. saperti walkie-talkie Langsung tidak ada kena mengena dengan APCO Worldwide, badan perundingcara diatas.

Tetapi Anwar Ibrahim tidak pedulikan semua itu. Yang penting kepentingan politik sempit dia. Habis diputarbelit dan diputar cerita konon Dato’ Sri Najib, PDRM dan Kerajaan Malaysia diresapi dan dikuasai Yahudi melalui APCO!

Tetapi kepada media yang dikuasai Yahudi saperti Wall Street Journal, Anwar main wayang lain. Disitu, dia tahu pembacanya adalah Yahudi atau pro-Yahudi! Maka keluarlah kenyataan menyokong Israel pulak. Sampai sanggup menyokong usaha melindungi keselamatan rejim Israel!

Teman berharap rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya dapat melihat dengan jelas bukti manusia yang bermain saniwara politik dualam ini. Semuanya hanya untuk kepenting politik dia. Kerana kita tahu Anwar memerlukan sokongan Yahudi dalam memenuhi nafsu dia mahu bertakhta di Putrajaya!

HUBUNGAN ANWAR-YAHUDI

Hubungan Anwar dengan Yahudi ini sudah diketahui umum. Teman sendiri semasa masih bersama Anwar berasa sangat pelik apabila kami pergi Munich (konon untuk rawatan sakit belakang dia) pada tahun 2004. Tiba-tiba Setiausaha Pertahanan (Menteri Pertahanan) Amerika Paul Wolfowitz datang menziarahi dia. Begitu jauh dia terbang dari Amerika hanya untuk menziarahi Anwar!

Sedangkan Paul Wolfowitz adalah Zionis Yahudi yang menjadi akitek kepada pencerobohan dan serangan terhadap negara umat Islam Iraq dan Afghanistan! Ratusan ribu rakyat Iraq & Afghanistan mati dibunuh ditangan tentera Amerika la’natullah ini.

Tiba-tiba Wolfowitz terpacul di Arabella Hotel, Munich untuk bertemu menziarahi Anwar. Kebetulan teman ada pada masa itu. Teman dapat lihat kemesraan dua manusia ini, hubungan yang bukan sekadar diplomatik, tetapi lebih daripada itu. Apa yang berlaku dalam bilik pada masa itu, insyallah nanti bila tiba masanya, dan jika ada keperluan, akan teman dedahkan! Tetapi cukup sekadar peringkat ini rakyat ketahui Anwar memang punya hubungan yang sangat akrab dengan dalang zionis Yahudi Paul Wolfowtiz ini; yang ditangannya bergelumang dengan darah umat Islam!

Cuma mike jangan lupa Wolfowitz lah yang melantik Anwar sebagai Pengerusi badan International Foundation For the Future (IFFF), dan dia juga terlibat dalam perlantikan Anwar sebagai pensyarah di John Hopkins University.

Apabila timbul skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya Shaha Ali Riza yang merupakan eksekutif kanan di Bank Dunia, Wolfowitz meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia. Dan teman wanitanya Shaha Ali Riza dipindahkan ke badan IFFF dimana Anwar adalah Pengerusi yang dilantik Wolfowitz! Anwar yang menulis surat kepada Robin Cleveland, penasihat undang-undang Wolfowitz tahun 2006 untuk meminta Shaha dipindahkan ke IFFF. Mike tak nampak lagi jaringan-skandal Anwar dengan Wolfowitz zionis Yahudi la’natullah ni yop?

Jangan lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.

Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful.

Buat masa ini teman tidak bercadang nak dedahkan butiran hubungan ini. Termasuk juga hubungan Anwar dengan IIIT, dengan Open Society milik George Soros, dengan badan kebajikan Konrad Adenaeur. Ini semua akan didedahkan bila tiba masa dan keperluannya nanti.

Cuma yang penting diperingkat ini ianya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim punya hubungan yang tersangat akrab dengan tokoh-tokoh zionis Yahudi dunia, yang antara mereka bergelumang ditubuh badan dan tangan mereka darah umat Islam yang dibunuh kejam tanpa belas kasihan!

Sebab itu teman tidak terkejut bila Anwar terpaksa “berlari” ke New York “melutut” minta maaf kepada Yahudi apabila timbul isu dia mengkritik Yahudi di Malaysia! Sebab saperti yang teman sebut, inilah sikap hipokrit manusia bernama Anwar Ibrahim, pakar sandiwara politik dualam; sana cakap lain, sini cakap lain.

Teman berharap rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu umat Islam dapat melihat sandiwara Anwar ini. Di Kelantan kata “ambo sokong hudud, tapi itu pendapat peribadi ambo”; tapi bila balik ke KL, depan NGO Cina dan bukan Islam, dengan tegas Anwar kata “menjadi dasar Pakatan Rakyat tidak menerima Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud” jika memerintah (na’uzubillah).

Dan kesian kepada orang PAS yang masih terpekik terlolong konon nak hudud, dia tak tahu yang pemimpin dia dah sign perjanjian dengan pakatan BiaDAP-PKR-PAS tidak akan menegakkan Negara Islam dan tidak akan melaksanakan hudud! Memang kena kencing hidup-hidup dengan parasit Anwarinas orang-orang PAS ni! Kasihan yop!

PENDIRIAN PAS?

PAS sebenarnya agak konsisten didalam isu Israel ini. Teman teringat pertengahan tahun 1990an bagaimana PAS “mengamuk” sakan apabila Kerajaan Tun Mahathir menjemput pasukan kriket remaja Israel ke Malaysia. Walaupun Tun M berkali menegaskan ianya bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Israel bagaimana Malaysia sebagai negara pelbagai agama boleh hidup secara aman dan harmoni supaya mereka boleh membawa idea itu balik ke Israel, namun “amukan” PAS tidak mengenal batas.

Satu demonstrasi diadakan di hadapan Masjid ArRahman, Universiti Malaya. Ramai yang kena tangkap pada masa itu. Teman antara peguam yang membela aktivitis PAS pada masa itu yang dibicarakan di Mahkamah Majistret KL. Antaranya termasuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan lain-lain.

Apabila disabitkan dengan kesalahan dan diberi peluang membayar denda sebagai hukuman, ada segelintir antara mereka enggan membayar denda dan sanggup ke penjara selama sebulan. Konon pada masa itu atas prinsip tidak mengiktiraf Israel! Kira teman pun turut sama menyumbang dengan tidak mengambil satu sen pun bayaran guaman untuk membela mereka ini walaupun teman dengar ada tabung dibuat untuk sumbangan kos guaman bagi kes itu!

Malahan nama “ISRAEL” ni cukup memberi fobia kepada PAS! Hinggakan bila ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” (yang sepatutnya malaikat Izrael), habis kena maki hamun penceramah tersebut! Kata orang, kena lari tak cukup tanah lah yop, semata-mata tersalah sebut “malaikat Israel”! Begitulah fobianya PAS dengan perkataan “ISRAEL”.

Jadi persoalan besarnya ialah apa respon dan pendirian PAS dalam isu kenyataan Anwar “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel”? Ini soal penting. Ini bukan soal kriket. Ini soal nak mengiktiraf rejim zionis Israel! Ini soal nak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel! Ini persoalan kemungkinan Malaysia akan menghantar tentera Malaysia termasuk yang beragama Islam untuk melindungi rejim zionis Israel!

Ini soal maruah negara; maruah yang begitu konsisten dipertahan dan dipelihara oleh Kerajaan Malaysia sejak merdeka. Prinsip yang dihormati kawan dan digeruni lawan! Prinsip yang menyebabkan rakyat Falastin menangis terharu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara didunia yang jelas mempertahan dan membela rakyat Falastin dan berani bertegas tidak mengiktiraf rejim zionis Israel! Teman melihat sendiri semasa bersama dengan rakyat Falastin bulan Ramadhan 1431/ 2009 di Ghozzah! Mereka bangga bersaudara dengan Malaysia!

Tetapi sehingga kini pimpinan dan ulama’ PAS menjadi saperti syaitan bisu! Kalau ada pun, yang memberi respon ialah Ketua Pemuda PAS sendiri Ustadz Nasharudin Hassan Tantawi. Beliau menegaskan bahawa mereka yang mahu melindungi rejim zionis Israel ini melakukan pengkhianatan terhadap umat Islam. Tetapi beliau pun tak berani nak sebut nama “Anwar Ibrahim”, sekadar menyebut “orang itu”!

Kasihan teman melihat parti PAS ni yop! Sejak diresapi dan dikuasai para parasit Anwarinas, PAS menjadi lebih sekular dari segala sekularis! PAS menjadi lebih liberal dariapada para liberalis! PAS menjadi lebih terbuka dari segala mereka yang membuka! Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, mantan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, akronim P.A.S. hari ini sudah bertukar maksud menjadi “Parasit Aqidah SeMalaysia”!

Kebetulan pulak slogan dan simbol “PAS 4 ALL” sama dengan “ISRAEL 4 ALL”! Harap ianya hanya satu kebetulan sahaja yop!

PENDIRIAN PAS

Pada teman, Datuk Hadi Awang, Datuk Nik Aziz, dan lain-lain ulama’ kepimpinan PAS perlu membuat pendirian yang jelas.. Adakah PAS berkongsi rasa dan pandangan dengan Anwar Ibrahim yang mereka nak tabalkan sebagai kalipah mereka?

Ini penting kerana rakyat tidak diberitahu apa pendirian mereka jika menjadi kerajaan (na’uzubillah)! Didalam manifesto tidak ada, dalam kitab jinggay tidak ada, didalam kitab oren tidak ada! Jangan nanti rakyat diperdaya, merasa tertipu dan ditipu saperti yang penduduk Kg. Buah Pala sudah rasakan sekarang!

Persoalan yang rakyat Malaysia dan umat Islam nak tahu ialah, adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengiktiraf rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?

Rakyat sebagai Hakim Negara berhak tahu semua ini sebelum PRU 13! Rakyat yang akan menentukan hukuman di Mahkamah Rakyat pada PRU 13 berhak tahu apa pendirian dan dasar pakatan BiaDAP-PKR-PAS mengenai rejim zionis Israel.

Pendirian Kerajaan Malaysia jelas, kita tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, kita tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel, kita melarang rakyat Malaysia daripada pergi negara rejim zionis Israel!

Rakyat Malaysia dan umat Islam tidak perlu gusar dengan pendirian Kerajaan Persekutuan! Kita konsisten dengan pendirian ini sejak merdeka! Dan kita bukan sahaja berkata sedemikian di Malaysia, dikalangan negara umat Islam, dihadapan rakyat Falastin; malah kita tegaskan sedemikian dihadapan dunia, di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu, dihadapan rejim boneka Yahudi Amerika Syarikat, termasuk dihadapan zionis Israel sendiri. Kita tidak malu berkata sedemikian, kita tidak segan berpendirian sedemikian. Malah pendirian kita diketahui seluruh dunia. Pendirian yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!

Dan rakyat Falastin juga berhak tahu apa pendirian pakatan BiaDAP-PKR-PAS terhadap rejim zionis Israel! Selama ini rakyat Falastin, yang begitu lama tertindas, dizalimi dan dianiaya oleh rejim zionis Israel dan bonekanya Amerika boleh bergantung harap kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membela mereka!

Apakah nasib mereka terbela jika pakatan BiaDAP-PKR-PAS menjadi Kerajaan (na’uzubillah)? Atau apakah nasib masadepan rakyat Falastin turut akan dijual gadai, sebagaimana kalimah ALLAH digadai, Negara Islam digadai, anak bini digadai, umat Islam dimusuhi, kafir harbi dikasihi! Na’uzubillah min zalik!

Jika itu pendirian mereka, bersekongkol dengan Anwar mahu menyokong usaha mempertahankan keselamatan rejim Israel, maka sudah pasti SLOGAN BERIKUT BOLEH DIGUNAKAN:

“UNDI DAP UNDI ISRAEL,

UNDI PKR UNDI ISRAEL,

UNDI PAS UNDI ISRAEL”!

RUMUSAN

Pada teman, kenyataan Anwar Ibrahim yang dipetik dan dilapurkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal sebagai berkata “dia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan Israel” tetapi di Malaysia “menentang pengaruh Yahudi dalam kerajaan melalui APCO” hanya sekadar membuktikan sandiwara politik dualam yang sudah menjadi darah daging yang sudah meresap sebati dalam tubuh badan Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim, apabila tersepit dan nak menyelamatkan diri, mendakwa konon kenyataan dia disalah lapur! Kalau salah lapur, persilakan saman Wall Street Journal! Takkan takat berani menyaman Utusan Malaysia sahaja! Kalau berani, kalau ada pendirian, silakan saman Wall Street Journal. Tengok apa jadi nanti. Dan teman nasihatkan media Malaysia, eloklah hubungi editorial Wall Street Journal. Bagitahu mereka Anwar kata dia telah disalah lapur.

Teman yakin kenyataan Anwar dia disalah lapur itu hanyalah untuk telinga rakyat Malaysia sahaja. Sedangkan lapuran WSJ sudah dibaca oleh para pembacanya dikalangan pro-Yahudi, yang sudah tentu seronok membaca ada orang Malaysia bersedia “menyokong usaha menjaga keselamatan negara rejim zionis Israel”.

Padanlah akhbar Jerusalem Post milik rejim zionis Lsrael ghairah membuat lapuran “Anwar bakal PM Malaysia” apabila dia dilepaskan Mahkamah daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful!!! Tentu mereka berasa beruntung kalau ada spesis macam Anwar Ibrahim yang menyokong usaha melindungi keselamatan rejim zionis Israel!

Masih lagi Pekak Bisu & Buta yop? Bacalah Bismillah hirrohma nirrohim, dan telitilah surah Al Baqarah: 6-18, moga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada mike semua yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Ahad

06 Rabi’ul Awal 1433

29 Jan 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Posted in Agenda, Article on 1 January, 2012 by nmabiny

SALAM 2 ALL…

1. Saya ingin mengucapkan selamat tinggal untuk tahun 2011.

2. Selamat datang juga untuk tahun 2012.

3. Apa yang sudah berlaku pada tahun 2011 akan membuat kita lebih matang untuk kita jadikan palajaran untuk tempuhi tahun 2012 nanti.

4. Semoga tahun 2012 akan membawa rahmat, perpaduan untuk kita rakyat Malaysia semua dan juga dilindungi allah atas negara kita yang kita sayangi ini.

MoGA tahUn 2012 ini terus Berjaya …

nmabiny . . .

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Posted in Agenda, Article on 26 November, 2011 by nmabiny

Salam semua…

1. Saya ucapkan kepada semua Selamat Menyambut Maal Hijrah

2. Semoga berkat Maal Hijrah kali ini dapat memberi satu semangat untuk kita terus maju dan berjaya membentuk satu rumpun yang bertamadun di Malaysia malah di dunia sekalipun.

3. Sama-sama kita mempertahankan agama Islam demi perjuangan yang di lakukan oleh Rasulullah dahulu supaya kita sambung dan mewarisi perjuangan Baginda menegakkan Islam.

4. Sesama Islam kita haruslah bersatu untuk mengukuhkan lagi Islam. Perbezaan mesti dikurangkan supaya tidak berlaku perpecahan di kalangan umat Islam. Setiap perkara mesti di teliti dan perlu di ambik kira kesan yang berlaku terhadap persaudaraan sesama Islam.

5. Segala larangan yang yang telah ditetapkan Allah mesti di jauhi agak tidak merosakkan persaudaraan kita.

6. Apa saja kefahaman kita mengenai pentafsiran Hijrah yang penting Hijrah itu pemindahan. Sama ada aspek apa sekalipun. Salah satunya sama-sama berhijrah dari kurung baik kepada yang lebih baik dan sebagainya lagi…

7. Saya sekali lagi megucapkan  Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua.

SYEIKH ALI JUM’AH: SAKSI HUDUD

Posted in Agenda, Favorites Blogs on 15 October, 2011 by nmabiny

Salam Semua,
Teman ucapkan ribuan terimakasih kepada sahabat* yang mengirim artikel dibawah mengenai ulasan Allamah Syeikh AliJuma’h, Mufti Besar Mesir (gambar atas) mengenai perlaksanaan hudud. Ini artikel yang teman rasa sangat relevan buat masa ini dalam kita membicarakan isu perlaksanaan hudud. Semoga ianya memberi menafaat kepada kita.Kepada penulisnya, (teman tak pasti siapa dan sumber blognya, walaupun tercatat nama “Shamsul Muda di www.warisansemasa.blogspot.com daripada Universiti Yarmouk, Jordan), teman doakan rahmat dan barakah dianugerahkan kepada mike atas daya usaha yang sangat memberi menafaat kepada
teman dalam memahami isu perlaksaan hudud ini.Kepada mike semua, bacalah dengan berlapang dada, dan berdoalah moga diberi petunjuk dan hidayah daripada ALLAH. Nasihat teman bila nak membaca, buang segala assobiyah kepartian dan politik partisan, sebaliknya bacalah dengan harapan dan jiwa yang mahukan ‘ilmu dan bimbingan. Tafaddhal masykuro:
*****************************************************************************************

Thursday,
29 September
 Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah
 negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah
 sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan
 ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh
al-Manhaji
, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada
 memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika
memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang
kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi
”.

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi
 saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan
 membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang
dinyatakan
.

Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi
 manfaat.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tindak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agartidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Komen teman:

Setelah membaca artikel diatas, teman terfikir, adakah saksi yang sebegitu lagi dikalangan kita. Umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia kini sudah sampai keperingkat tenat aqidah dan
akhlaknya.Kes buang bayi, perzinaan yang berleluasa, liwat yang tidak mengenal mangsa, anak bunuh mak, bapa bunuh anak, suami isteri curang dengan orang lain, hubungan seks tanpa batasan, penjualan arak yang tidak terkawal, gejala murtad makin meningkat, fahaman sesat bercambah-cambah, maki hamun terhadap para ulama’ yang soleh, kemunculan ulama’ suk dan jahat, munculnya kepimpinan songsang dan buruk akhlak, dan banyak lagi gejala akhlak yang
membuktikan keruntuhan tamaddun samawi di negara ini!Begitu juga kita langsung tidak mengikut Al Quran dalam soal perpaduan dan kesatuan contohnya. ALLAH perintahkan kita sesama Islam sebagai saudara, tetapi kita memilih kafir (dan ada yang memilih kafir harbi) sebagai rakan sekatil! Sedangkan Tuhan kita Satu, Nabi kita Satu, Kitab kita Satu, Qiblat kita Satu; mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah!!!Ada kalangan kita sampai menjual kalimah ALLAH demi kepentingan politik, menggadai anak isteri sebagai bahan sandaran politik, mengidolakan komunis atheist yang tidak percayakan tuhan, mengangkat kafir harbi sebagai kalipah, menerima penganut fahaman pluralisma sebagai pemimpin, menolak segala bukti dan keterangan yang jelas dan sarih hanya kerana kiblat politik kepartian, sampai keperingkat
menolak perjuangan menegakkan negara Islam kerana mendakwa ianya tidak ada dalam
Al Quran. Lebih parah sampai ada yang bukak dada sanggup mati demi kafir harbi! Na’uzubillah min zalik!!!Memang benar kata Syeikh Ali Al Jum’ah; kita sudah hilang kelayakan untuk menjadi saksi untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Malahan persaksian kita bahawa “aku naik saksi tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH” juga boleh dipersoalkan, kerana ada kalangan kita yang mengiktiraf dan redho adanya ALLAH dalam bentuk triniti Tuhan Bapak-Tuhan Anak-Roh Suci saperti yang di i’tiqadkan oleh kristian la’natullah.Moga ALLAH memberikan keampunan kepada kita, moga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, moga ALLAH memelihara iman dan aqidah kita didalam zaman syubhah dan fitan ini.Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Maha Esa, aku ikhlas beragama Islam kerana Mu Ya ALLAH, walaupun kafir, musyrikin dan munafiq tidak menyukainya. ALLAH itu benar, Nabi saw itu benar, Al Quran itu benar, Mati itu benar, Barzakh itu benar, Mahsyar itu benar, Akhirat itu benar, Syurga itu benar, Neraka itu benar! Bantulah kami Ya ALLAH, sebagaimana telah Kau bantu Rasulullah, para sahabat dan golongan siddiqin, syuhada dan solihin.

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin
 Noordin
 Jumaat
 16 ZulQaedah 1432
 14 Okt 2011

*Terimakasih kepada saudara Anuar Bin Sahudin &
Datuk Zaini Bin Hassan yang mengirim artikel ini. Teman pohon izin untuk siarkan
artikel ini yang sangat memberi menafaat dalam memahami isu perlaksanaan
hudud.

SUMBANGAN SIAPA PATUT DIHARGAI

Posted in Agenda, Favorites Blogs on 13 October, 2011 by nmabiny

(Sinar Harian 15 Ogos 2011) daripada Ridhuan Tee Bin Abdullah

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang
betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.

Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.

Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan
kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.

Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari
ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh
Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam
dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan
antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak
bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke
peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini? Jangan terlalu besar kepala.

Satu lagi, orang Melayulah yang paling berani dan merasa kesakitan yang amat sangat ketika menentang Malayan Union. Jika benar, bukan Melayu mahu bersama-sama menyumbangkan jasa memerdekakan negara, kenapa Malayan Union tidak ditentang? Jawapannya mudah, Malayan Union menguntungkan mereka. Ditakdirkan Malayan Union berjaya, maka hancurlah orang Melayu, bermaharajalelalah mereka ketika itu. Bertambah cepatlah negara ini menjadi negara Kristian.

Janganlah terlalu menonjolkan sumbangan yang kecil untuk mengaburi sumbangan yang besar. Bangkai gajah tidak akan dapat dilenyapkan oleh bangkai nyamuk. Kecuali gajah itu sendiri yang melenyapkan bangkainya,
sehingga bangkai nyamuk menjadi perhatian. Bangkai nyamuk inilah yang
diperbesar-besarkan.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah terlalu biadab mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Saya sudah dapat menjangkakan pendirian ini, jika ditakdirkan kenyataan itu tidak dikeluarkan. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu?
Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Menurut A. Kadir Jasin, tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Melayu juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan. Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang
mereka laburkan. It is not altruism – bukan sumbangan percuma yang tidak
mengharapkan sebarang alasan! Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta
memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini. Pilihan raya demi
pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak Barisan Nasional adalah orang Melayu dan Bumiputera lain. Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu Islam.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi tujuan pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bisingpun. Malangnya sungguh jadi Melayu, hak dan maruah telah tergadai, masih terus berlembut. Orang lain pantang diusik. Ini nasib Melayu di bumi Melayu.

BAJET TRANFORMASI NASIONAL: MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERAKAN NEGARA

Posted in Agenda, Favorites Blogs on 12 October, 2011 by nmabiny

Salam 2 all.

Teman ni dah dengar pembentangan bajet tak tau berapa kali, dan sebagai MP dah 3 kali. Tapi teman tak pernah berasa begitu berminat dengan pembentangan saperti yang dibentangkan oleh YAB PM semalam. Buat pertama kalinya teman berasa sangat teruja dan kagum dengan bajet yang dipanggil “Bajet Transformasi Nasional: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

Pada teman, bajet ini merangkumi semua aspek kehidupan, duniawi dan kerohanian, mencakupi semua lapisan masyarakat, dari si fakir hingga ke korporat, dari penjaja hingga ke konglomerat, dari kanak-kanak sehingga warga tua, dari sektor swasta mahupun kerajaan, dari kakitangan biasa hingga ke pasukan keselamatan, merentasi semua agama dan kaum, tanpa mengorbankan prinsip Islam dan kepentingan Melayu, malah penjenayah pun mendapat habuan melalui penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Sebab itu teman labelkan bajet ini sebagai “BAJET SYUMUL”, bajet yang merangkumi semua.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang boleh diberi penambahbaikan bagi memantapkan lagi bajet ini.

Pertama mengenai kebenaran untuk semua pencarum KWSP menggunakan Akaun 2 untuk mendaftar bagi kerja haji sekiranya simpanan sudah mencukup RM1,300-00. Ini bermakna pencarum hanya perlu menunjukkan surat pengesahan daripada KWSP yang Akaun 2 mereka sudah mencukupi RM1,300-00 dan boleh terus mendaftar untuk mengerjakan haji, tanpa perlu wang itu dikeluarkan.

Alhamdulillah sebenarnya ini adalah usul teman dalam bahas bajet tahun lepas. Teman ucapkan terima kasih khusus kepada YAB PM, YB Datuk Seri Husni Hanadzlah, YB Datuk Awang Adek dan pengurusan KWSP yang menjadikan usul itu satu realiti. Ini juga sebenarnya satu pengajaran berharga untuk teman. Kalau kita dekati para Menteri ini dengan cara baik, dan yakinkan mereka mengenai usul kita, insyallah mereka akan membantu dengan serius. Dah banyak kali teman melalui pengalaman sama. Samaada usul mengenai penghapusan amalan di Tugu Negara, koc khas wanita KTMB (komuter dan antara bandar), bas khas RapidKL untuk wanita, termasuk usul menghalang judibola, dan banyak lagi; teman dapati bila kita berusaha untuk berjumpa sendiri dengan Menteri dan kemukakan cadangan secara baik, insyallah mereka akan membantu!

Cuma dalam isu KWSP untuk kerja haji ini, teman berharap YAB PM dapat menimbang untuk memberi kebenaran kepada pencarum yang mempunyai caruman yang mencukupi untuk membuat kerja Haji supaya dibenarkan mengeluarkan caruman daripada Akaun 2 untuk membayar kos kerja haji itu tanpa perlu menunggu sehingga berumur 55 tahun. Kerana pada teman, kerja haji ini adalah perkara rukun. Jadi elok benar kalau hal rukun ini diselesaikan secepat yang boleh. Caruman di KWSP adalah “pelaburan untuk hari tua”, sedangkan mengerjakan haji adalah “pelaburan untuk hari akhirat”. Teman akan usulkan perkara ini semasa bahas nanti (samada peringkat dasar atau kementerian). Kita berdoa semoga ianya diluluskan, insyallah.

Begitu juga pakej bantuan kepada para pemandu teksi persendirian. Teman sangat mengalu-alukan pakej ini. Malahan tadi teman berkesempatan bertemu dengan sekumpulan pemandu teksi, dan mereka melahirkan rasa syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada YAB PM atas pakej tersebut. Kita berharap selepas ini kita akan dapat perkhidmatan teksi persendirian yang lebih selesa.

Namun pakej ini boleh ditambah-baik dengan merangkumkan juga pengusaha Bas Sekolah. Kita tahu kebanyakan bas sekolah (termasuk van) berada dalam keadaan sangat usang lagi uzur. Sedangkan yang nak menaikinya adalah anak-anak kita juga, terutama dari golongan marhaen. Alangkah baiknya kalau pakej sokongan saperti yang diberi kepada pemandu teksi persendirian diberikan juga kepada pemilik dan pengusaha bas/ van sekolah.

Teman juga mengucapkan terima kasih kepada YAB PM yang memberi pertimbangan untuk elaun dan sara perkhidmatan Ahli Parlimen dikaji semula untuk dinaikkan, sesuai dengan beban kerja dan kos yang makin meningkat. Cuma syaratnya kesemua Ahli Parlimen, Kerajaan dan Pembangkang mesti bersetuju. Yang teman pelik, tak pasal-pasal Anwar dan konco-konconya konon membantah.

Teman kata pelik tu sebab antara yang lantang mendesak Kerajaan menaikkan elaun Ahli Parlimen ialah MP PKR sendiri. Contohnya Ahli Parlimen Kuala Langat. Dan teman menghormati pandangan MP Kuala Langat ini sebab beliau sangat berpengalaman dalam hal ehwal perkhidmatan, dengan pengalaman bertahun-tahun didalam kesatuan pekerja. Malah MP Kuala Langat ini duduk sama dengan teman dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen, dan beliau sendiri bersetuju, malah mendesak supaya elaun MP dikaji semula untuk dinaikkan.

Tau-tau Bos dia Mat CD kata tak mahu. Pada teman ini semua kenyataan politiking konon mahu bersimpati dengan rakyat. Mat CD mungkin tidak memerlukan penambahan elaun MP, mungkin dia ada sumber pendapatan dan kewangan lain. Tapi teman cukup yakin ramai MP Pakatan pembangkang sendiri sangat mengalu-alukan kenaikan ini. Malah ada beberapa MP Pakatan yang sempat teman berhubung mengutuk Anwar kerana isu kenaikan elaun ini pun dia mahu putarbelit dan politikkan. Kata teman, nasyib ngkorang lah yeh, dapat bos kaki pembohong dan pemutar-belit saperti Anwar! Masalahnya dema tak berani nak tegur Anwar secara terus-terang, almaklumlah nak jaga piuk-nasik yop!

Apa pun, teman cukup yakin rakyat jelata menyambut baik pembentangan bajet semalam. Ini adalah benar-benar bajet yang boleh membantu rakyat. Pada teman, ini adalah bajet yang membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat, dan mengotakan janji yang diberikan.

Tidak saperti pembangkang, yang kononnya membentangkan apa yang mereka panggil sebagai bajet. Pada teman, itu adalah satu penghinaan kepada perkataan “bajet” itu sendiri. Sebenarnya apa yang mereka bentangkan adalah “gula-gula yang nak dirasuahkan kepada rakyat” semata-mata untuk mendapat sokongan dan undi untuk pilihanraya. Mereka boleh taburkan pelbagai janji, tapi mereka tidak perlu mengotakannya sebab mereka bukan kerajaan. Persoalan besarnya ialah dimana mereka nak ambil duit RM220 billion untuk mengotakan janji mereka tu. Ini semua tidak lain hanya untuk mengelabukan rakyat.

Sebab itu teman pernah sebut, semasa Tun Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998, belaiu menyatakan antara sebabnya ialah kerana Anwar ni jahil (atau dengan kata lain BODOH) dalam hal mengurus ekonomi dan kewangan negara. Kita masih ingat semasa itu dunia termasuk Malaysia berdepan dengan krisis kewangan dan ekonomi yang sangat serius. Anwar memilih untuk menerima-pakai pakej pemulihan mengikut acuan badan Yahudi International Monetary Fund (IMF) yang hampir pasti akan menjahanamkan negara, dan menjadikan Malaysia “hamba tambatan” IMF.

Bila Tun Mahathir kata dia pecat Anwar sebab BODOH dalam hal urusan ekonomi/ kewangan negara, teman kurang percaya. Tapi bila melihat “bajet 2012 Pakatan pembangkang” yang dibentangkan Anwar, teman rasa mungkin Tun Mahathir itu betul.

Apa pun, teman yakin Bajet Tranformasi yang dibentangkan oleh YAB PM menjadikan “bajet” pakatan pembankang setakat Kitab Jinggay ajelah yop!

Dan teman ada juga dengar lalakan segelintir kaum Anwarinas yang mendakwa Bajet Transformasi ni menciplak Bajet Pakatan pembangkang. Isyk..isyk..isyk..sampai macam tu sontot otak kaum ni. Teman cukup yakin dema bukan sahaja tak baca Bajet Transformasi, malah dema tak baca pun bajet dema sendiri. Kalau dema baca Bajet Transformasi dengan Bajet pembangkang, jauh langit dengan bumi. Dan yang paling malang, ada antara kaum Anwarinas ni mengutuk Bajet Transformasi ni sebagai bajet duit haram.

Kalau macam tu, teman cabar kaum Anwarinas ni supaya jangan sentuh sesen pun duit bajet ini. Dan bagi kakitangan Kerajaan, GLCs, badan berkanun Kerajaan dan lain-lain yang beriya sangat menyembah pembangkang dan mengutuk bajet Kerajaan sebagai bajet haram, eloklah berhenti serta merta daripada pekhidmatan. Pergilah bekerja dengan anak jantan Kitsiang tu ke, atau dengan Nik Aziz ke. Jangan kerja dengan Mat CD yop, takut dia nyonDOLL mike macam Azizan dengan Saiful kena tu! Ni tidak, bila Kerajaan usulkan semua tak betul, semua haram. Tapi bila diberi bonus, kenaikan gaji dan macam-macam lagi, biasanya kaum ni yang rembat paling lahap dan rakus!!!

Apa pun, teman ucapkan terima kasih kepada YAB PM atas pembentangan Bajet Transformasi semalam, bajet yang mendengar suara rakyat, dan mengotakan janji Kerajaan. Bajet yang merangkumi semua aspek dan lapisan kehidupan, suatu Bajet Syumul! Bravo!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
10 Zul Qaedah 1432
08 Okt 2011

%d bloggers like this: