RINGKASAN SEJARAH NABI MUHAMAD


1. Nabi Muhammad ialah utusan Allah kepada manusia untuk menyampaikan agama islam dan yang menjadi pedoman hidup dunia dan akhirat. Ia mengajak dan menyeru manusia berbuat baik dan meninggalkan perbuatan jahat. Nabi Muhammad dilahirkan di MEKAH, pada hari isnin 12hb rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20hb April tahun 571 masahi, berketurunan dari suku kaum Quraisy iaitu satu-satu daripada suku kaum arab yang sangat mulia.

2. Ayahnya bernama Abdullah dan Abdul Mutallib, kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang arab pada ketika itu ialah berniaga,termasuk juga Abdullah. Di masa Nabi Muhammad dalam kandungan ayahnya pergi berniaga ke Sham(Syria). Dalam perjalanan pulang ke Mekah dia diserang penyakit dan wafat disuatu tempat bernama Yasrib(Mekah).

3. Pada masa Nabi Muhammad dalam kandungan, Ibunya telah bermimpi melihat satu cahaya yang terang benderang keluar dari badannya menerangi sehingga ke Negeri Basrah berhampiran dengan Negeri Sham. Setelah lahir nabi Muhammad telah ketiadaan ayah kerana meninggal dalam kandungan lagi. Datuknya Abdul Mutallib Bin Hasyim menamainya Muhammad bererti yang sangat terpuji.

4. Setelah tiga hari Muhammad disusukan ibunya Aminah Bin Wahab, Muhammad diserahkan kepada Suhaibah untuk disusukan. Selepas itu Nabi Muhammad dipelihara dan disusukan pulak oleh Halimah. Hal demikian menjadi kebaisaan kepada kaum-kaum rab Quraisy bagi perempuan yang tinggal di pedalaman. Nabi Muhammad tinggal bersama Halimah lebih kurang empat tahun lamanya.

5. Di mekah pada ketika itu ada perempuan hartawan lagi dermawan bernama Khatijah. Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang ternama lagi terkaya. Apabila di ketahui Nabi seorng yang jujur dan amanah lalu ditawar kepada Nabi menjalankan perniagaan ke Sham. Nabi menerima tawaran itu dan dibawanya Nabi oleh khatijah ke Sham untuk berniaga. Dalam menjalankan pernaiagaan nabi menbawa keuntungan yang besar. Dalam masa menjalankan perniagaan Nabi diperhatikan oleh hamba Khatijah, segala gerak geri dan ketinggian budi perkerti Nabi Muhammad diamati. Semua yang dilihat dan diketahui itu di cerita kepada Khatijah. Khtijah tertarik hati kepadanya dan berminat hendak menjadikan suaminya. Khatijah menyuruh orang menyampaikan maksud suci itu. Dengan persetujuan kedua pihak, mereka berkahwinan. Ketika itu Nabi Muhammad berumur 25tahun dan Khatijah 40tahun. Hasil perkahwinan mereka mendapat 2orang anak lelaki dan 4orang anak perempuan.

6. Kebijaksanaan Nabi Muhammad terselah apabila berlaku satu peristiwa dari suku kaum Quraisy yang hendak membaharui binaan Kaabah yang telah rosak kerana dilanda banjir, pada masa itu Nabi berumur 30tahun. Setelah pekerjaan pembersihan banjir itu selesai, mereka hendak mangangkat Hajaral-Aswad(Batu Hitam) ke tempat asalnya. Maka terjadilah perselisihan faham oleh puak-puak arab itu sehingga hampir berlaku pertumpahan darah. Ini kerana mereka menganggap pekerjaan itu satu amal suci dan mulia. Oleh itu masing-masing hendak mengangkatnya. Setelah persilisihan itu memuncak maka salah seorang daripadanya mencadangkan iaitu sesiapa sahaja yang masuk mula-mula masjid pada pagi esoknya maka  orang itu la akan menjadi hakim untuk menyelesaikan pertingkahan itu. Cadang itu diterima oleh semua pihak. Tepat pagi esok orang yang mula-mula masuk di masjid itu adalah Nabi Muhammad. Semua setuju Nabi menjadi hakim dalam menyelesaikan sengketa itu. Cara Nabi Muhammad menghakimkan perbalahan itu dengan membentangkan sehelai kain putih dan diletekkan Hajaral-Aswad ditengah-tengah hamparan itu, kemudian dia mempersilakan semua suku kaum masing memegang hujung kain dan sama-sama mengangkat meletekkan Hajaral-Aswad ditempat asalnya keputusan yang adil itu masing-masing sangat perpuas hati.

7. Nabi Muhammad tidak tahu membaca dan menulis kerana semenjak kecil dia tidak bersekolah. Sungguhpun demikian dia adalah seorang yang cerdas otaknya dan jauh pandangan. Pada masa itu kebanyakkan orang-orang arab menyembah berhala. Perbuatan keji berleluasa seperti riba, judi, minum arab, bunuh termasuk bunuh anak perempuan hidup-hidup menjadi perkara biasa ditanah arab pada masa itu. Keadilan hanya terletak ditangan orang-orang yang tertentu sahaja.

8. Nabi Muhammad pergi bersunyi pada umur 40tahun kerana hatinya mula tertarik duduk berseorangan di tempat-tempat yang sunyi. Nabi bersunyi di Gua yang terletak di Gunung Al-Nur(Jabal Nur) yang  dikenali dengan nama Gua Hara. Nabi Muhammad tinggal di Gua itu bermalam-malaman kadang-kadang hingga berpuluh-puluh hari. Apabila makanan habis dia balik dan pergi lagi ke Gua itu. Disaat-saat terakhir kerapkali nabi bermimpi, Ini permulaan sebagai permulaan dia menerima wahyu(perintah Allah). Setiap apa yang dimimpikan itu adalah benar.

9. Nabi Muhammad mula-mula dilantik menjadi Rasul ketika itu Nabi berada di Gua Hara pada suatu malam iatu 17hb Ramadan dan datanglah Malaikat lalu menyuruh Nabi Muhammad membaca. Nabi menjawab saya tidak tahu membaca, lalu Malaikat itupun menangkap dan memeluknya kuat-kuat dan melepaskan serta disuruhnya baca lagi. Begitu berulang-ulang kali dilakukan sehingga Nabi dapat melafazkan ayat ..yang bererti ” Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan manusia dari sekumpal darah……..” maka iapun berkata, Ya Muhammad engkaulah Rasul Allah dan aku ialah Jibrail. Inilah masanya mula-mula dia diangkat menjadi Rasul dan ayat yang dibaca itu ialah ayat yang mula-mula diturunkan oleh Allah. Setelah berlaku peristiwa itu Nabi pun balik ke rumah dengan keadaan yang menggelentar seluruh anggotanya kerana ketakutan. Nabi Muhammad meminta isterinya Khatijah menyelimutinya. Setelah perasaannya tenang, maka diceritakan kepada isterinya segala peristiwa yang telah berlaku ke atas dirinya. Untuk menyenangkan perasaan suaminya yang dikasihi itu, Khatijah berkata, Tidak, demi Allah tuhan tidak akan menghinakan tuan untuk selama-lamanya kerana tuan seorang yang jujur dan suka menolong orang.

10. Pada suatu hari Khatijah membawa suaminya berjumpa Warakah Bin Naufal seorang paderi kristian, dia seorang penulis kitab Injil untuk bertanyakan hal-hal yang berlaku keatas Nabi Muhammad di Gua Hara. Warakah menerangkan yang datang keatas Nabi itu adalah utusan Tuhan yang pernah datang kepada Nabi Musa dahulu. Ini adalah menandakan Muhammad ialah Nabi akhir zaman yang ditunggu-tunggu oleh orang alim Yahudi dan Nasarani sepertimana yang diterangkan oleh Tuhan melalui kitab Taurat dan Injil.

11. Setelah menjadi Rasul, berulang-ulang wahyu yang diterimanya ada diantara yang diterima secara langsung dan kadang-kadang melalui malaikat yang manusia. Wahyu diterima itu ditulis olah sabahat-sahabatnya diatas daun-daun atau tulang-tulang. Setelah wahyu-wahyu yang diterima dan dikumpul baharulah disusun menjadi Al-Quran. Orang yang bertanggungjawab mengumpul wahyu menjadi guraan ialah Khalifah Othman. Wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhmmad mengambil masa selama 20tahun dan wahyu terakhir ialah…yang bermaksud “Hari ini telah aku sempurnakan agama kamu dan telah aku cukupkan keatas kamu nikmatku. Aku redza Islam menjadi agama kamu….” Nabi bersungguh-sungguh menyampaikan seruan supaya semua umatnya memeluk Islam. Pada mulanya seruan dilakukan secara senyap-senyap selama 3tahun. Orang yang mula-mula sekali beriman kepadanya ialah isterinya Khatijah dan pihak lelakinya ialah Abu Bakar Al-Siddek. Kanak-kanak pulak ialah sepupunya Ali Bin Abu Talib. Allah telah berfirman supaya Nabi menyeru secara terang-terang pula. Maka orang kafir menentang Nabi. Nabi dihina dan diperolak-olakkan dikata gila dan tidak siuman. Pengikut Nabi diseksa, dipaksa meningkalkan agama Islam. Diantaranya ialah Abu Lahad dan Abu Jahal dari keluarga Nabi Muhammad sendiri menjadi ketua menentang perkembangan agama Islam. Antara kejaman yang dilakukan keatas Nabi n pengikut-pengikutnya ialah mereka dipulau dan dipisahkan dari orang ramai. Keadaan yang sedemikain  berlarutan hingga 3tahun Nabi dan pengikut terpaksa memakan daun kayu. Walaupun demikian Nabi Muhammad menerima tentangan itu dengan senang hati, kekejaman yang dilakukan tidak sedikitpun melemahkan semangat n pengikut nabi untuk meneruskan tugas menyebarkan Islam kepada semua. Apa suatu hari Nabi Muhammad bersumpah jika diletak matahari ditangan kanannya dan bulan ditangan kirinya pun dia tidak akan meninggalkan pekerjaan mulia ini. Segala penghinaan yang dilakukan keatas Nabi tidak memberi kesan apa-apapun. Dengan itu orng kafir mengubah sikap dengan cara berlembut pula. Mereka memujuk dan berjanji akan memberi harta dan pangkat yang tinggi malahan perempuan yang cantik kepada Nabi tetapi semua tawaran itu ditolak juga.

12. Dalam menghadapi tentengan dari kaum Quraisy Nabi membenarkan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Habsah. Rombongan itu terdiri seramai 15orang iaitu 10lelaki dan 5perempuan yang diketuai oleh Othman Bin Affan. Mereka tinggal disana selama 3bulan kemudian kembali semula ke Mekah. Rombongan yang kedua dipimpim oleh Jaafar Bin Abu Talib sepupu Nabi Muhammad sendiri. Rombongan ini terdiri dari 83orang lelaki dan 18orang perempuan, Mereka disambut dengan baik oleh Raja Habsah. Apabila orang kafir mengetahui bahawa ada rombongan berhijrah ke Habsah maka mereka menghantar wakil menemui Raja Habsah supaya rombongan Islam itu tidak dilayan dan di hantar pulang tetapi permintaan itu ditolak oleh Raja Habsah. Jaafar Bin Abu Talib memberitahu tujuan kedatangan dan hal-hal Nabi dan perkembangan agama islam. Disamping itu dinyatakan orang-orang islam di seksa dan dihalau oleh orang kafir yang hidupnya didalam kesesatan dan meyembah berhala, memakan bangkai dan melakukan perbuatan keji. Adapun Nabi Muhammad ialah seorang Rasul yang kami kenal keturunannya. Dengan berpandukan Quraan kami berkata benar, jujur, menghubung tali persaudaraan dan menahankan diri daripada melakukan kerja haram serta menumpahkan darah. Raja seorang beragama kristian telah memeluk Islam dihadapan Jaafar dan wafatlah baginda didalam agama yang suci.

13. Setelah 10tahun Nabi menyiarkan agama Islam, 2 orang yang sangat dikasihi dan menjadi benting pertahanan kepadanya iaitu Khatijah dan Abu Talib pula meninggal dunia. Peristiwa ini sangat-sangat mendukacitakan Nabi kerana kedua-duanya menjadi penolong dan pembantu kepadanya maupun diwaktu susah dan senang itu la orang harapan. Tahun kematian ini dinamakan oleh Nabi Muhammad tahun dukacita. Setelah kematian Khatijah, Nabi berkahwinan pula dengan Saudah dan  selapas itu dengan Aishah anak Abu Bakar-Siddek. Diantara isteri-isteri Nabi Khatijahlah yang sangat dikasihi dan disebut sehinggga menimbulkan perasaan cemburu kepada isterinya yang lain.

14. Setelah wafat Abu Talib makin bertambah la penghinaan yang diterima oleh Nabi. Orang kafir telah manghalang Nabi menyiar agama Islam di Mekah pada masa itu. Nabi berangkat bersama-sama Zaib anak Haris ke Taif dengan tujuan hendak menyiarkan agama Islam disana. Tetapi penduduk Taif tidak menerima kedatangan Nabi sehingga Nabi dihalau ddan dilempar dengan batu. Pada masa itu dapat la Jibrail mendapatkan Nabi dengan menyatakan yang dia bersedia melakukan apa sahaja yang diperintah kepadanya. Tetapi Nabi sayangkan kepada umatnya dan meminta Jibrail jangan melakukan pembalasan itu, Hanya dia berdoa yang bererti…”Ya Allah, berilah pertunjuk kepada kaumku kerana mereka dia tidak mengetahui. Mendengar doa Nabi itu Jibrail pun berkata benar Tuhan menamakan tuan dengan orang yang lemah lembut lagi pengasih.

15. Pada suatu malam iaitu 27hb Rejab, ketika  Nabi berada didalam Masjidil-Haram di Mekah, Tiba-tiba dia didatangi oleh Jibrail dan beberapa malaikat yang lain dan menjemputnya menaiki Borak menuju ke Masjidil-Aksa di negeri Sham. Setalah selesai sembahyang sunat dua rakaat di masjid itu dengan Borak bersama Nabi di bawa naik kelangit untuk melihat kebesaran dan kekeyaan Allah. Sebelum menjelang subuh Nabi telah kembali semula ke Mekah. Dengan peristiwa itu semakin tidak percaya Nabi terhadap orang-orang kafir. Peristiwa itu di panggil Israa’ dan Mejraj. Perjalanan ke Masjid-Aksa dinamakan Israa’ dan perjalanan naik kelangit dinamakan Mejraj. Pada malam inilah Nabi menerima perintah dari Tuhan supaya umat manusia mengerjakan sembahyang dengan 50 waktu sehari semalam dan akhirnya dikurangkan sehingga tinggal 5 waktu sahaja memulakan sembahyang dengan sembahyang yang perdzu Zohor.

16.   Permulaan Hijrah oleh Nabi kerana tekanan semakin hibat datangnya dari kaum kafir Quriasy, orang-orang muslim terpaksa meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah berhijrah. Yang masih tinggal adalah orang yang lemah dan belum bersedia berhijrah. Setelah orang kafir tahun maka mereka merancang untuk bunuh Nabi dan menghalang Nabi dan sahabat-sahabat berhijrah. Pada malam yang ditetepkan Nabi di kepung, Dalam kepungan Nabi bersama Abu Bakar dapat melepaskan diri. Mereka keluar dari Mekah dan bersembunyi dia Gua Di Gunang Thur. Bila orang kafir dapat tahu Nabi berjaya melepaskan diri orang kafir serba salah, mereka menawarkan beratus -ratus ekor unta sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Nabi. Tetapi dengan kuasa Allah, Allah melindungi Nabi. Abu Bakar menangis kerana takut Nabi di bunuh. Setelah keesokan harinya Abdullah anak Uraiqit datang ke Gua Thur dengan membawa 2 ekor unta, dengan kenderaan itu meraka menuju ke Madinah. Selama 7hari 7malam pada 8hb Rabiuawal bersamaan 20hb September 622 Masihi, Nabi tiba disatu tempat bernama Qubah dan disambut dengan gembira oelah orang muslim,disinilah Nabi mendirikan masjib pertama semenjah agama islam tersibar. Kemudian Nabi meneruskan perjalanan ke Madinah.

17. Di Madinah Nabi dikelilingi oleh orang-orang yang mencintai dan menghormati Nabi. Buat sementara Nabi tinggal di rumah Abu Ayub, Di hadapan rumah itu didirikan masjid iaitu masjib yang ada sekarang. Dikeliling masjid itu didirikan rumah kediaman, Selepas itu Nabi menyuruh kaum keluarganya yang tinggal di Mekah berpindah ke Madinah. Orang-orang yang datang ke Madinah dinamakan Muhajirin dan orang yang menyambutnya dinamakan Al-Ansar. Di Madinah pada masa itu sedia ada orang Yahudi. Sebelum kedatangan Nabi mereka telah mengatahui melalui kitabnya iaitu akan tiba seorang Nabi yang diutuskan oleh Tuhan. Diantara orang-orang Yahudi yang memeluk Islam ketika Nabi sampai iaitu Abdullah Bin Salam, Yamin Bin Omar dan Abu Saad Bin Wahab. Pada masa itu juga di Madinah terdapat satu golongan yang berpura-pura beragama Islam tetapi batinya tetep menentang Nabi. Golongan ini dinamakan Munapikin yang di ketuai oleh Abdullah Bin Ubai.

18. Mula berperang kerana Nabi menerima perintah dari Allah. Tetapi peperangan untuk mempertahankan diri dan melindungi orang-orang yang memeluk Islam, bukan memaksa orang kafir memeluk Islam. Maka terjadilah beberapa peperangan diantara pihak Nabi dengan orang kafir sepanjang hayatnya. Nabi muhamad keluar berperang sebanyak 27 kali.

19. Antara peperangan yang berlaku semasa zaman Nabi. Peperangan Badar berlaku ditempat bernama Badar iaitu pada 17hb Ramadan tahun kedua hijrah. Tentera kaum musrikin berjumlah 3000 orang manakala tentera Islam hanyalah 313 orang. Peperangan ini tentera Islam mencapai kemenangan. Orang tawanan dibebaskan dengan membayar tebusan yang pandai membaca dan menulis dibebaskan syarat mesti mengajar sepuluh orang muslim. Peperangan Uhud dinama kan kerana berhampiran dengan gunung di Madinah(Gunung Uhud) perang berlaku pada Bulan Syawal tahun ke tiga hijrah. Peperangan ini untuk menuntut bela atas kekalahan pada peperangan Badar. Setelah berlaku pertempuran orang-orang musrikin melarikan diri tetapi datang semula menyerang dari belakang menyebabkan ramai terkorban dan Nabi sendiri cedera di kening dan tercabut gigi hadapannya. Peperangan Al-Mustallak ini berlaku di bulan Syaaban tahun kelima hijrah. Satu kaum bernama Al-Mustallak telah mengaku kalah dan semua kaumnya telah memeluk agama Islam. Peperangan Khandak(peperangan parit) ini berlaku pada bulan syawal tahun kelima Hijrah. Orang musrikin dengan 10000orang tentera mengepung bandar Madinah dengan dibantu orang-orang Yahudi bani Khertzah. Pihak musuh tidak dapat memasuki bandar Madinah kerana orang-orang Muslim telah menggali parit di sekeliling bandar itu. Lebih sebulan lamanya mereka mengepung bandar itu, akhirnya ribut yang kencang telah melanda dan memusnahkan khemah mereka,menyebabkan mereka mengundurkan diri pada malam itu juga. Peperangan Bani Quraizah ini berlaku dalam bulan Zulkaidah tahun kelima Hijrah. Nabi memerangi kaum bani Quraizah yang telah memehak kepada musuh dalam peperangan Khandak. Peperangan Khaibar ini berlaku disatu tempat kediaman orang Yahudi di Khaibar kira-kira seratus batu dari bandar Madinah. Berlakunya peperangan ini pada Bulan Muharram tahun ketujuh hijrah. Mereka ini juga ikut menghasut dan sama-sama memerangi Nabi dalam peperangan Khandak. Peperangan Hunain ini berlaku disuatu lembah berhampiran bandar Taif iaitu pada bulan syawal tahun kelapan hijrah. Tentera Muslim seramai 2000 orang telah menyerang suku kaum Khaizan dan Shafif. Peperangan Taif ini berlaku dalam bulan syawal tahun kelapan hijrah. Musuh yang berundur dari medan Khenin berkumpul di Taif dan menguatkan pertahanannya di sana. Selama dua puluh hari bandar Taif di Kepung tetapi pihak musuh tidak mudah dikalahkan. Akhirnya tentera Muslim meninggalkan tempat itu.

20. Pada permulaan bulan Zulkaidah tahun keenam hijrah dengan 1400orang pengikut-pengikutnya Nabi berangkat ke Mekah kerana hendak mengerjakan umrah. Kerita sampai di Hudabiyah sampailah berita mengatakan orang-orang MEkah tidak membenarkan rombongan Nabi masuk ke Kota Mekah. Mendengar berita itu Nabi mengutuskan Othman Bin Affan menyampaikan berita menyatakan kedatangannya bukan untuk berperang tetapi untuk mengerjakan umrah, orang kafir Mekah menehan Othman. Dengan penahanan itu tersibarlah berita menyatakan Othman Bin Affan telah dibunuh. Nabi bersama-sama sahabat pun membuat perjanjian setia untuk membela Othman. Janji setia itu dinamakan Baia’tul Ridzuan iaitu janji yang diredzai.

21. Perjanjian Hudaibiayah dinamakan kerana orang-orang Musyrikin mendapat khabar bahawa Nabi telah membuat perjanjian setia dengan sahabat-sahabat untuk menyerang Kota Mekah. Maka Othman pun dilepaskan dan menandatangani perjanjiandamai hudaibiayah. diantara isi-isi perjanjian itu ialah:-

  • Menghentikan peperangan selama sepuluh tahun.
  • Orang ramai boleh memilih samaada hendak memihak kepada Nabi atau Musyrikin
  • Pada tahun itu Nabi tidak dibenarkan  memasuki Kota Mekah
  • Nabi boleh membuat umrah pada tahun hadapan

Dengan perjanjian itu kaum Muslim mendapat kebebasan untuk menyiarkan agama Islam dan orang ramai tidak takut lagi kepada orang-orang Musrikin dan memeluk Islam. Pada masa inilah Nabi mengutus surat kepada Raja Habsah, Mesir, Parsi, dan Damsyik menyeru supaya memeluk Islam. Pada bulan Zulkaidah tahun ketujuh Hijrah baharulah Nabi dan sahabatnya dapat membuat umrah iaitu umrah Al-Khada sebagaimana yang tertulis dalam perjanjian Hudaibiayah.

22. Pada tahun kelapan Hijrah, Orang Musrikin telah melanggar syarat perjanjian Hudaibiyah dengan menolong Kabilah Bani Bakar untuk menyerang Kabilah Bani Nazaat yang Nabi. Pada bulan Ramadan dengan 10000 orang pengikutnya telah mengepung Bandar Mekah. Satu pasukan diketuai Khalid Ibni Walid dan satu pasukan lagi diketui Nabi sendiri. Kota Mekah dapat ditawan dengan mudah sahaja. Ketika Nabi memasuki Kota Mekah disekilingi kaabah terdapat 360 buag berhala. Nabi menghapuskan berhala-berhala itu dan mengerjakan Tawaf(Mengilingi Kaabah). Dia mengistihyarkan pembebesan kepada semua orang kafir Quraisy. Dengan ini ramailah orang-orang Mekah memeluk Islam.

23. Peperangan Tabuk ini berlaku pada bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah, Orang Rom telah berkumpul di Sham kerana hendak menyerang Medinah. Pada masa itu ialah musim kemarau dan kaum Muslimin berada didalam kesusahan. Walaupun begitu Nabi bersedia dengan askar berjumlah 30000orang. Untuk menanggong perbelanjaan askar yang begitu ramai sahabat-sahabat Nabi terpaksa ,mengerbankan harta masing-masing. Omar menderma separuh daripada hartanya, Othman menderma 10000 wang emas, 300ekor unta dan 50 ekor kuda. Abu Bakar menderma semua hartanya. Sahabat-sahabat lain menderma mengikut kemampuannya masing-masing, orang perempuan menderma perhiasan masing-masing yang ada.

24. Haji perpisahan ialah berlaku pada bulan Zulkaidah tahun kesepuluh hijrah, Nabi menunaikan perdzu Haji bersama-sama 90000orang kaum muslim. Haji ini dinamakan haji wadak iaitu haji perpisahan. Selepas itu nabi Nabi tidak lagi mengerjakan haji. Ketika mengerjakan haji ini Nabi telah berpidatu dan berpesan iaitu:-\

  • Perjumpaan ini adalah ,mungkin perjumpaan yang terakhir.
  • Orang-orang mukmin adalah bersaudara, tidak halal hartanya melainkan dengan senang hati.
  • Tuhan kamu adalah satu, kamu dari kaum Nabi Adam dan Adam dari tanah.
  • Hendaklah kamu memimpin kaum wanita dengan baik.
  • Jangan kamu kembali menjadi kafir setelah aku tiada.

Pada ketika inilah turun ayat yang berbunyi bererti …..Pada hari ini telah putus asa orang-orang kafir menarik kamu daripada agama kamu. sebab itu janganlah kamu tajut kepadanya dan takutlah kapada aku. Pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu dan telah aku sukupkan keatas kamu nikmatku dan telah aku redzakan Islam itu menjadi agamamu.

25.Nabi Muhamad Sakit pada bulan safar tahun kesembilan Hijrah. Pada masa itu beliau tidak dapat keluar rumah lagi. Abu Bakar telah mengambil alih menjadi Imam sembahyang. Mendengar berita Nabi sakit sahabat-sahabat telah menjadi cemas, Nabi tepaksa keluar behadapan dengan sahabat-sahabatnya bersabda: ” Adakah pernah Nabi-nabi yang dahulu aku kekal, sehingga aku pun kekal? Ketahuilah bahawa aku akan bertemu dengan TuhanKu begitu juga kamu akan bertemu denganNya. Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 2hb Rabiulawal tahun hijrah kesembilan, bersamaan dengan 8hb Jun 632 Masihi. Nabi pun wafat dalam usia 63tahun dan dimakamkan di Madinah. Selepas itu Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah menggantikan Baginda.

26. Mukjizat Nabi Muhammad banyaj sekali yang dikurniakan allah kepada Nabi. Diantara mukjizat-mukjizat itu ialah menerbitkan bulan ketika orang-orang kafir meminta berbuat demikain, makanan yang sedikit boleh mencukupi untuk beratus-ratus orang dan air terpancar pada jarinya seperti mataair. Sifat-sifat Nabi Muhammad ialah Warna kulit putih kemerahan-merahan, mukanya bulat, dahinya luas dan kepadanya besar, pipinya halus menpunyai bulu mata yang lebat, biji matanya besar, gigihadapan jarang, rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, berjanggut lebat. Badannya sederhana tidak tinggi dan tidak telalu rendah, tidak gemuk juga tidak kurus, tutur katanya manis. Perjalanan Nabi seperti orang turun dari tempat tinggi, lebih banyak memandang kebawah daripada keatas. Cantik dari jauh manis dari dekat. Akhlak dan pergaulan Nabi Muhammad ialah Nabi seorang yang berani, pengasih, perendah diri dan pemaaf. Apabila bertemu sahabatnya ialah yang memulakan salam dan berjabat tangan. Di hubungi orang yang memutus hubungan dengannya. Apabila ada orang yang berkata didengar dengan bersungguh samoai jelas, dimuliakan orang yang datang menjumpainya dan kadang-kadang dibentangkan kain selindang untuk diduduki oleh tamu. Dia menghadiri dirumah orang kematian dan ikut manghantar jenazah ke kuburnya. Siapa yang memanggil dijawab dengan perkataan yang halus tidak pernah mangucapkan perkataan yang kasar dan keji. Tidak pernah marah melainkan orang yang melanggar perintah Allah.

27. Jika ada kesilapan dari segi ejaan dan tulisan amatlah saya mohon maaf dan setiap kesilapan akan di baiki setiap masa. Cuma kisah ringkas NABI MUHAMMAD ini untuk pedoman dan taladan untuk kita menperjuangan agama Islam. Marilah kita menpertahankan Agama Islam walaupaun pun terjadi ..Sekian Terima Kasih Semua…

One Response to “RINGKASAN SEJARAH NABI MUHAMAD”

  1. suke3.. nice.. share erk.. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: